Press Release


Prihatin Dengan Keluarga Nahas Pesawat Nuri, Amanahraya Sumbang Rm50 Ribu Untuk Tabung Amanah Cahaya Kasih Tv9

PETALING JAYA SELANGOR, 26 September 2007 – AmanahRaya hari ini telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50 ribu kepada Tabung Amanah Cahaya Kasih yang ditubuhkan oleh Ch-9 Media Sdn Bhd sebagai tanda sokongan dan prihatin dengan keluarga mangsa nahas pesawat Nuri, Kementerian Pertahanan.  Cek sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Ahmad Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya kepada Encik Bukhari Bin Che Muda, Ketua Pegawai Operasi TV9 di majlis penyerahan cek sumbangan dan majlis berbuka puasa bersama keluarga mangsa nahas pesawat Nuri, para penyumbang, jemputan khas daripada angkatan tentera dan kakitangan TV9 yang terlibat dalam menjayakan Tabung Amanah Cahaya Kasih. Majlis ini telah berlansung di Dewan Serbaguna, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya Selangor.

Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban tanggungan keluarga yang ditinggalkan serta dapat menerapkan semangat saling bantu-membantu seterusnya mewujudkan nilai-nilai murni dan amal sihat masyarakat penyayang. AmanahRaya sebagai salah sebuah syarikat milik penuh kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan menerusi program Sumbangan Amal Kemasyarakatannya dan zakat.

Mengenai Amanah Raya Berhad
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), syarikat milik penuh kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah dan Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia telah ditubuhkan pada 1921 dan diperbadankan pada 1995. AmanahRaya menyediakan perkhidmatan Pengurusan Perwarisan; Penyediaan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat; Pentadbiran Harta Amanah; dan Perkhidmatan Peramanahan.  Ia juga adalah Pemegang Amanah kepada 103 dana amanah saham yang bernilai melebihi RM95 bilion serta Pemegang Amanah bagi bon dan pelbagai instrumen kewangan dan pengurusan pelaburan.  AmanahRaya menawarkan produk dan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan mudah dihubungi melalui 20 cawangan yang terdapat di seluruh Malaysia.

 

Copyright (C) 2006 Amanah Raya Berhad