Press Release


AMANAHRAYA LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL PROJEK KAMPUNG ANGKAT ORANG ASLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

27 Mei, MERSING, JOHOR – AmanahRaya hari ini telah menyampaikan sumbangan amal kemasyarakatan kepada mangsa banjir seramai 30 orang pelajar orang asli Kampung Peta, Mersing . Sumbangan amal ini adalah  sempena  Majlis Lawatan Kerja,  Y.A.M Raja Zarith Sofiah bt. Al Marhum Sultan Idris Shah, selaku Pengerusi Khidmat Masyarakat Bulan Sabit Merah Malaysia ke Projek Kampung Angkat Bulan Sabit Merah Malaysia di  Kampung Orang Asli, Kampung Peta. Kampung Peta ini juga turut menerima sumbangan daripada Y.A.M Tengku Mahkota yang akan mengadakan Program Jelajah Kembara Tengku Mahkota Johor  bermula Julai ini.

Sumbangan berupa kelengkapan sekolah seperti pakaian, beg, kasut dan set alat tulis ini disampaikan sendiri oleh Y.A.M Raja Zarith Sofiah bt. Al Marhum Sultan Idris Shah. Turut serta pada majlis ini ialah wakil AmanahRaya Berhad , Cik Norhafiza Yahaya, Pengurus Amanahraya cawangan Johor Bahru. Menerusi Program Projek Kampung Angkat Kampung Peta ini AmanahRaya telah memperuntukan sumbangan RM 200,000 dalam bentuk barangan kelengkapan sekolah untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Y.A.M Raja Zarith Sofia juga berkenan membuat lawatan ke tapak projek binaan balai raya dan juga perpustaakan awam serta di sekitar kawasan Kampung Peta. Kampung Orang Asli Peta ini telah dua kali dilanda banjir pada penghujung tahun 2006 iaitu sejarah banjir terburuk yang pernah melanda negeri Johor.  

Projek Kampung Angkat Bulan Sabit Merah Malaysia ini telah bermula sejak Mac 2007. Kampung Peta yang didiami oleh seramai 70 puluh buah keluarga orang asli terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Mersing. Perjalanan ke kampung ini memakan masa kira-kira 1 atau  2 jam dari pekan Kahang dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Lokasi kawasan kampung ini yang terletak  jauh di pedalaman menyebabkan terputusnya bekalan bantuan barangan dan komunikasi  daripada masyarakat setempat ketika banjir melanda.

AmanahRaya Berhad sebagai syarikat milik penuh kerajaan akan terus menyalurkan bantuan khidmat masyarakat kepada golongan yang memerlukan menerusi program Sumbangan Amal Kemasyarakatannya.

Mengenai Amanah Raya Berhad
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), syarikat milik penuh kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah dan Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia telah ditubuhkan pada 1921 dan diperbadankan pada 1995. AmanahRaya menyediakan perkhidmatan Pengurusan Perwarisan; Penyediaan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat; Pentadbiran Harta Amanah; dan Perkhidmatan Peramanahan.  Ia juga adalah Pemegang Amanah kepada 79 dana amanah saham yang bernilai melebihi RM72 bilion serta Pemegang Amanah bagi bon dan pelbagai instrumen kewangan dan pengurusan pelaburan.  AmanahRaya menawarkan produk dan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan mudah dihubungi melalui 20 cawangan yang terdapat di seluruh Malaysia.

 

Copyright (C) 2006 Amanah Raya Berhad