Press Release


AmanahRaya Development Sdn Bhd (ARD) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menandatangai perjanjian konsesi, projek pembangunan mendirikan Ibupejabat Mahkamah Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di negeri Selangor

Shah Alam, 24 Julai 2007 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui anak syarikatnya iaitu AmanahRaya Development Sdn Bhd, hari ini menempa satu lagi kejayaan dalam membiayai satu projek pembinaan melalui konsep “Private Finance Initiative” (PFI) atau Inisiatif Kewangan Swasta dengan termetrainya perjanjian konsesi dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Melalui perjanjian konsesi ini, AmanahRaya diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan negeri selangor untuk mendirikan satu bangunan blok ibupejabat Mahkamah Syariah yang terletak di Shah Alam dan 9 buah Mahkamah Rendah Syariah bernilai RM160.59 juta diseluruh daerah negeri Selangor Darul Ehsan. Antara daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Kubu Baru, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Salak Tinggi Sepang. 
Majlis menandatangi perjanjian telah berlansung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (”SSAAS”), Shah Alam dengan disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan pengerusi AmanahRaya, YBhg Dato’ Haji Dusuki Ahmad. AmanahRaya diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan YBhg Dato’ Ahmad Rodzi Pawanteh dan setiausaha syarikat En. Zainul Abidin Hj Ahmad sementara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di wakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Ramli B. Mahmud dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) YB Dato’ Noordin B. Sulaiman

Pembiayaan kewangan projek pembangunan berlandaskan ”PFI” melalui kaedah ”Build, Lease and Transfer” (BLT) atau Bina, Pajak dan Serahmilik selama 20 tahun ini adalah yang pertama kalinya dilaksanakan di Negeri Selangor Darul Ehsan. Bagaimanapun AmanahRaya kini sedang melaksanakan satu projek pembangunan berdasarkan PFI seumpama ini bersama anak syarikat kerajaan Negeri Melaka. Dengan perkembangan ini,  AmanahRaya yakin dapat menjalin kerjasama sedemikian rupa bersama kerajaan-kerajaan negeri yang lain memandangkan konsep pembangunan ini juga adalah selaras dengan saranan dan hasrat Kerajaan Persekutuan  untuk diterapkan dalam semua projek pembangunan negara terutama bagi   mengatasi masalah projek terbengkalai.

Bagi AmanahRaya, keputusan untuk melabur dan bekerjasama dalam projek pembangunan mahkamah ini bukan sahaja bersandarkan pulangan pendapatan malah juga dapat menyumbang kepada pengukuhan perundangan Islam dan meningkatkan syariat Islam di Negeri Selangor Darul Ehsan khususnya dan Malaysia amnya. Ketika ini kerja awalan projek pembangunan yang juga berbentuk ”Turnkey Design and Build” kini giat dilaksanakan dan dijangka siap dibina dalam tempoh masa 24 bulan.

AmanahRaya Development Sdn Bhd

AmanahRaya Development Sdn Bhd (“ARD”) telah ditubuhkan pada 26th April 2001. Objektif utama penubuhan syarikat adalah untuk terlibat sama didalam peluang perniagaan seperti pemaju projek (“Developer”), penyelenggaraan bangunan (“Property Management”), Perunding pengurusan hartanah (“Project Management Consultation”) dan pembangunan projek (“Project development”).

ARD merupakan 100% milik penuh Amanah Raya Berhad, dan telah terlibat didalam projek pembangunan yang kini giat dilaksanakan seperti pembinaan Kodominium mewah “Jana Tower” Subang, bangunan  ibu pejabat Telekom Malaysia cawangan Melaka, pusat membeli belah Jaya Jusco Bukt Mertajam Pulau Pinang serta projek perumahan bercampur di Selayang dan Kuantan Pahang.

Amanah Raya berhad syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat didalam pengurusan amanah, harta pusaka , pengurusan asset dan pembangunan projek yakin dengan penglibatan Amanah Raya Berhad didalam sector pembinaan dapat meningkatkan lagi perolehan syarikat disamping memenuhi hasrat kerajaan persekutuan terutama sekali pembiayaan berkaitan “Private Finance Initiative” atau  Inisiatif Pelaburan swasta di Malaysia.  

 

Copyright (C) 2006 Amanah Raya Berhad